Kajian mengenai pergerakan udara yang mempengaruhi keselesaan bilik darjah tahun dua dan enam KBSR pelan piawai JKR 1970 Sek. Keb. Morni Pok, Gelang Patah, Johor /
Kajian topikal ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap kelajuan angin yang boleh mempengaruhi keselesaan bilik darjah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bagi tahun 2 dan 6, Sekolah Kebangsaan Morni Pok, Gelang Patah, Johor. Kajian ini adalah mengikut pelan piawai JKR 1970. Data-data yang diamb...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Skudai : UTM,
1989
|
Subjects: |
Summary: | Kajian topikal ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap kelajuan angin yang boleh mempengaruhi keselesaan bilik darjah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bagi tahun 2 dan 6, Sekolah Kebangsaan Morni Pok, Gelang Patah, Johor. Kajian ini adalah mengikut pelan piawai JKR 1970. Data-data yang diambil di tapak akan diproses dan dianalisa untuk mendapatkan kesimpulan dan keputusan. Keputusan ini pula diperkuatkan dengan kajian ilmiah yang telah dibuat terlebih dahulu. Semua keputusan kajian adalah dengan menggunakan kaedah saintifik yang akan menentukan tahap kelajuan angin untuk keselesaan di dalam bilik darjah KBSR. Pengiraan-pengiraan dilakukan bagi membantu didalam membuat keputusan ini. Pada akhir kajian beberapa cadangan rekabentuk bukaan dan orientasi bangunan yang lebih sesuai bagi tujuan untuk mendapatkan kelajuan angin yang diperlukan akan dikemukakan. Cadangan ini dibuat jika bukaan dan orientasi yang ada sekarang tidak sesuai dengan kehendak bilik darjah. Bidang waktu kajian adadalah dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 12.30 tengahari iaitu diwaktu kelas sedang dijalankan pada akhir bulan Februari 1989. |
---|