Rekabentuk angkat gas berbantukan komputer /

Projek ini merupakan lanjutan dari projek tahun lepas sesi 1989/90 yang dibuat oleh En. Md. Shahimi bin Ya'acob. Dimana beliau telah menganggapkan kecerunan mengalir sebagai garis lurus yang mengabaikan nisbah gas-cecair. Jadi, pengarang kali ini akan menukarkan kecerunan mengalir kepada lengku...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 237248 Chew, Chen Juan
Format:
Published: Sekudai: UTM., 1991
Subjects:
Description
Summary:Projek ini merupakan lanjutan dari projek tahun lepas sesi 1989/90 yang dibuat oleh En. Md. Shahimi bin Ya'acob. Dimana beliau telah menganggapkan kecerunan mengalir sebagai garis lurus yang mengabaikan nisbah gas-cecair. Jadi, pengarang kali ini akan menukarkan kecerunan mengalir kepada lengkuk dengan mengambilkira nisbah gas-cecair. Ini bermaksud semasa pengliran minyak dari formasi ke permukaan, bendalir telaga adalah berada dalam dua fasa, yakni cecair dan gas. Kewujudan aliran dua fasa yang berbeza ini akan mempengaruhi penyebaran tekanan di sepanjang telaga. Dengan demikian, ia akan juga mempengaruhi kedalaman injap dan bilangan injap yang diperlukan. Nisbah gas-cecair yang berlainan akan memberi lengkuk kecerunan mengalir yang berbeza pada kadar pengeluaran yang sama. Begitu juga dengan kadar pengeluaran yang berlainan pada nisbah gas-cecair yang sama akan menghasilkan lengkuk kecerunan yang berbeza. Dengan kata lain, lengkuk kecerunan mengalir adalah dipengaruhi oleh kedua-dua parameter tersebut. Sebagai titik permulaan kepada kajian aliran dua fasa dalam telaga angkat gas aliran berterusan, pengarang akan menggunakan Persekitaran Poettmann dan Carpenter dalam dalam menentukan lengkuk kecerunan mengalir di bahagian atas titik suntikan pula dianggap sebagai garis lurus yang hanya mempertimbangkan satu fasa iaitu minyak.