Kajian aliran dua fasa di dalam telaga condong /

Aliran dua fasa kerap berlaku di dalam telaga condong dan sistem talian paip. Banyak faktor yang mempengaruhi aliran ini. Oleh itu rig ujikaji dibuat untuk mengkaji kesan faktor tersebut. Di antara faktor itu termasuk tertahan cecair dan corak aliran di mana pengukuran dan pemerhatian akan dibuat. U...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 237574 Mahendran S. Muthu
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1991
Subjects:
Description
Summary:Aliran dua fasa kerap berlaku di dalam telaga condong dan sistem talian paip. Banyak faktor yang mempengaruhi aliran ini. Oleh itu rig ujikaji dibuat untuk mengkaji kesan faktor tersebut. Di antara faktor itu termasuk tertahan cecair dan corak aliran di mana pengukuran dan pemerhatian akan dibuat. Ujikaji dijalankan dengan menggunakan sudut kecondongan paip 0, 22 dan 45 darjah. Kadaralir air yang digunakan ialah 25 LPM sementara kadaralir gas pula ialah 71.2 LPM. Daripada ujikaji yang dijalankan, dapatlah disimpulkan bahawa aliran slug dan kabus terdapat pada ketiga-tiga peta corak aliran. Perbezaan tekanan meningkat jika kecondongan paip meningkat. Nilai tertahan cecair menurun jika banyak gas wujud di dalam paip. Nilai tertahan cecair menurun paling cepat jika nilai halaju permukaan cecair ialah 0.0329 m/s dan akhir sekali nilai tertahan cecair menurun paling lambat jika nilai halaju permukaan cecair ialah 0.2056 m/s.