Kerana Mahalnya Syurga /

“Sebagaimana kau hasut abang aku untuk tukar agamanya, kau seksa mak aku sampai mak aku gila dan mati dalam keadaan yang paling mengerikan, dan sebagaimana kau menjadi punca ayah aku sakit tenat sampai ayah aku mati, kau kena ingat semua tu, Umi Zafwa! Kau kena sedar betapa dalamnya dendam aku kepad...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Imi Hafimi, author 564114
Format: text
Language:eng
Published: Selangor: Penulisan Enterprise, 2013
Subjects:
Description
Summary:“Sebagaimana kau hasut abang aku untuk tukar agamanya, kau seksa mak aku sampai mak aku gila dan mati dalam keadaan yang paling mengerikan, dan sebagaimana kau menjadi punca ayah aku sakit tenat sampai ayah aku mati, kau kena ingat semua tu, Umi Zafwa! Kau kena sedar betapa dalamnya dendam aku kepada kau dan apa sahaja yang berkaitan dengan kau!” Kerana dendamnya kepada Umi Zafwa, dia merancang untuk membiarkan Umi Zafwa turut terluka. Umi Zafwa perlu disakiti dan caranya, Umi Zafwa perlu menjadi miliknya dahulu! Tiada seorang wanita pun yang menginginkan perkahwinan sepertinya. Perkahwinan yang hanya membuka kepada jalan penderitaan. Namun, racun yang diberi Alex, madu yang dibalasnya. Benci yang diberi, kasih yang dibalasnya. Bukan Alex tidak pilu, bukan Alex tidak terjentik lewat pengorbanan Umi Zafwa, bahkan bergenang air matanya melihat ketenangan Umi Zafwa yang sentiasa tabah meski dilukai. Lantas, semakin Alex terasa mula sayang, semakin keras dia menyakiti Umi Zafwa. Kemesraan di hadapan Katherina, kekasihnya sentiasa ditunjuk-tunjuk. Umi Zafwa hanya mampu memendam rasa. Hinggalah saat apabila Umi Zafwa tegar menggantikan tempat Alex di tali gantung... Di situlah dirasakan mahalnya syurga… Dapatkah kesucian pergobanan itu meleraikan sebuah dendam? Kerana dendam mereka bertemu, adakah kerana dendam juga mereka mampu bersatu?