Anggaran keadaan jujukan untuk sistem kuasa /

Anggaran keadaan untuk sistem kuasa adalah merupakan satu topik yang telah diperbincangkan semenjak akhir tahun 1960 an lagi. Professor Schweppe, ketua penyelidik bagi kumpulan kejuruteraan sistemkuasa di Massachuset Institute of Technology merupakan penyelidik yang pertama memperkenal dan mengemban...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 192424 Anuar A. Wahab
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Anggaran keadaan untuk sistem kuasa adalah merupakan satu topik yang telah diperbincangkan semenjak akhir tahun 1960 an lagi. Professor Schweppe, ketua penyelidik bagi kumpulan kejuruteraan sistemkuasa di Massachuset Institute of Technology merupakan penyelidik yang pertama memperkenal dan mengembangkan idea mengenai anggaran keadaan untuk pengawasan sistem kuasa. Semenjak itu semakin ramai penyelidik dalam bidang kejuruteraan kuasa membincangkan mengenai teknik anggaran keadaan ini dan kini beberapa negara telah menggunakan teknik ini dalam pengawalan dan pengawasan sistem kuasa mereka. Tesis ini adalah bertujuan mengkaji mengenai perkembangan teknik anggaran keadaan jujukan untuk kegunaan kuasa, serta membincangkan secara ringkas mengenai rekabentuk sebuah anggaran keadaan jujukan. Dalam tesis ini, magnitud voltan pada satu basbar yang dipilih akan diambil kira sebagai angkubah keadaan yang akan dianggar nilainya. Data-data pengukur yang digunakan pula dimasukkan ke penganggar keadaan secara berjujukan. Hingar yangwujud pada data-data pengukuran pula dianggap hanya disebabkan oleh kerosakan pada trasnduser yang digunakan sahaja.