Sistem pengagihan gas : kajian terhadap faktor keserentakan /

Perkembangan yang pesat dalam industri gas telah memberikan sumbangan yang besar dalam sektor domestik, komersial dan prindustrian di Malaysia. Projek ini bertujuan untuk mencari faktor keserentakan penggunaan gas dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan gas petroleum cecair (LPG) secara domes...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Surani Abd Rahim
Format:
Published: Sekudai: UTM., 1991
Subjects:
Description
Summary:Perkembangan yang pesat dalam industri gas telah memberikan sumbangan yang besar dalam sektor domestik, komersial dan prindustrian di Malaysia. Projek ini bertujuan untuk mencari faktor keserentakan penggunaan gas dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan gas petroleum cecair (LPG) secara domestik. Skop projek ini menekankan terhadap faktor keserentan pada masa puncak di kawasan rumah pangsa kos rendah sekitar Gombak dan Setapak. Kajian dijalankan dengan membuat bacaan meter gas di tangki penstoran pukal, bacaan meter gas di rumah dan mengedarkan satu set borang soal selidik kepada pengguna. Keputusan kajian menunjukkan terdapat dua masa puncak harian yang ketara iaitu diantara jam 11.00 pagi hingga jam 1.00 petang dan diantara jam 6.00 petang hingga jam 8.00 malam. Nilai faktor keserentakan penggunaan gas bagi kawasan rumah pangsa kos rendah berada dalam julat 0.10 hingga 0.20. Berdasarkan daripada analisis borang soal selidik, faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penggunaan gas harian di Malaysia adalah jumlah penghuni rumah, penggunaan pada hari cuti umum atau hari-hari perayaan dan bilangan penunu yang digunakan. Manakala permintaan gas tinggi bergantung kepada jumlah pengguna, rutin harian dan kekerapan penggunaan peralatan gas. Penggunaan nilai faktor keserentakan penggunaan gas yang betul akan memberikan nilai permintaan gas yang tepat dalam sesuatu kawasan perumahan. Ia akan membantu dalam pemilihan saiz paip yang sesuai, tangki penstoran pukal dan sekaligus menjimatkan kos pemasangan sistem pengagihan gas.