Power protection system based on personal computer /
Di dalam suatu sistem kuasa yang saling berhubungan, keboleharapan dan keselamatan bekalan adalah sangat penting kepada pengguna menyebabkan tindakan sistem dan juga geganti-geganti perlindungan perlu ditentukan dengan tepat. Kebolehan komputer digital dengan daya ingatanyang besar membolehkan suatu...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
1991
|
Subjects: |
Summary: | Di dalam suatu sistem kuasa yang saling berhubungan, keboleharapan dan keselamatan bekalan adalah sangat penting kepada pengguna menyebabkan tindakan sistem dan juga geganti-geganti perlindungan perlu ditentukan dengan tepat. Kebolehan komputer digital dengan daya ingatanyang besar membolehkan suatu simulasi yang tepat bagi sistem-sistem kuasa yang besar. Matlamat projek ini adalah untuk merekabentuk suatu sistem perlindungan berasaskan mikrokomputer sebagai alternatif kepada sistem perlindungan yang biasanya menggunakan geganti-geganti statik dan elektromagnetik. Rekabentuk asas bagi sistem ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian perkakasan dan perisian. Aturcara utama ditulis di dalam bahasa QUICKBASIC beserta penggunaan bahasa himpunan bagi tujuan pengantaraan dengan perkakasan luaran. Peranti luaran adalah terdiri daripada pengubah arus, litar penerus dan kad perolehan data PCL-718 sebagai litar pengantaraan I/O. Oleh kerana projek ini merupakan sambungan dari projek yang lepas, maka sambungannya adalah merupakan simulasi bagi geganti perlindungan IDMT (geganti masa minimum tentu sonsang). |
---|