Summary: | Pada tahun 2008 Kerajaan Terengganu dan seluruh rakyat jelata negeri ini merayakan ulang tahun ketiga ratus penubuhan institusi Kesultanan Melayu Terengganu yang sah dan berdaulat. Bukti sahih tentang penubuhan institusi kesultanan ini ialah Kupang Emas Terengganu, iaitu mata wang pertama yang dicipta di Terengganu sempena pertabalan Sultan Zainal Abidin Shah I. Kupang Emas tersebut mencatatkan dengan jelas nama 'Sultan Zainal Abidin Shah' dan perkataan Khalifatu'l-Mu'minin 1120 (bersamaan 1708 Masihi). Ini menunjukkan kupang emas itu dicipta khas sempena pertabalan Sultan Zainal Abidin Shah I. Oleh itu, berdasarkan sumber ini, institusi kesultanan Terengganu ditubuhkan selewat lewatnya pada tahun 1708 Masihi.
|