Penafsiran log pengeluaran dalam telaga condong berbentukan kaedah peminimuman terbatas /

Aliran berbilang fasa didalam telaga condong didapati telah mempengaruhi bacaan log pengeluran disebabkan oleh wujudnya corak aliran yang berbeza. Ini telah menyulitkan penafsiran log pengeluaran mengikut kaedah lazim. Walau bagaimanapun, satu perisian baru yang dicipta oleh Schlumberger, iaitu PLGL...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 244625 Sathees Kumar M Krishnan
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Aliran berbilang fasa didalam telaga condong didapati telah mempengaruhi bacaan log pengeluran disebabkan oleh wujudnya corak aliran yang berbeza. Ini telah menyulitkan penafsiran log pengeluaran mengikut kaedah lazim. Walau bagaimanapun, satu perisian baru yang dicipta oleh Schlumberger, iaitu PLGLOB (Production Logging Global), didapati meyakinkan dan berjaya mengatasi masalah utama dalam penafsiran log pengeluaran dari telaga condong. PLGLOB adalah satu kaedah penafsiran log berbantukan pengelongan dengan sambutan teori peralatan pengelongan di dlam sesuatu keadaan aliran tertentu. Pada asasnya, PLGLOB adalah satu kaedah cuba-ralat yang cuba meminimumkan ralat antara dua bacaan tersebut, dikenali sebagai ketakkoherenan "Global", dengan berbantukanbantuan dua pembatas boleh-ubah yang terdapat di dalam perisian ini, iaitu a(a) kadaralir jangkaan minimum dan maksimum fasa bendalir bagi setiap zon; dan (b) faktor kepercayaan setiap alat pengelongan yang digunakan. Matlamat kajian ini adalah untuk membuat satu analisis kepekaan terhadap kepekaan pembatas-pembatas yang disebutkan tadi ke atas peminimuman nilai ketakkoherenan "Global", dengan cara mengubah-ubah nilai pembatas-pembatas ini. Dalam kajian ini, analisis tersebut dibuat terhadap penafsiran sebuah telaga minyak terdapat di perairan