Kajian pertalian antara industri dari segi perletakan dalam satu kawasan perindustrian. kajian kes : kawasan perindustrian Bakar Arang Sungai Petani, Kedah /

Sejajar dengan usaha ke arah mempertingkatkan industrilisasi menjelang tahun 2020, terdapat satu aspek perindustrian yang penting bagi menentukan arah polisi pembangunan wilayah, iaitu persoalan tentang pertalian dan pengkhususan industri dalam pembangunan perindustrian. Dilihat dalam konteks peranc...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 248960 Lee, Nyuk Ching
Format:
Published: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1992
Subjects:
Description
Summary:Sejajar dengan usaha ke arah mempertingkatkan industrilisasi menjelang tahun 2020, terdapat satu aspek perindustrian yang penting bagi menentukan arah polisi pembangunan wilayah, iaitu persoalan tentang pertalian dan pengkhususan industri dalam pembangunan perindustrian. Dilihat dalam konteks perancangan, pertalian industri adalah penting dalam memperlihatkan interaksi di antara industri dengan struktur ruang yang dapat menggambarkan penumpuan pertumbuhan industri, pengaliran teknologi dan peluang pekerjaan. Dalam hal ini,suatu kajian dijalankan untuk melihat sejauhmana wujudnya pertalian antara industri dari segi pertalian ke hadapan dan ke belakang dalam konteks barangan di Kawasan Perindustrian Bakar Arang. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan masalah pertalian industri kepada orang ramai khususnya golongan jururancang supaya dapat mengeksploitasikan kepentingan pertalian antara industri dalam justifikasi perancangan perindustrian masa hadapan. Dalam konteks ini, keberkesanan pertalian industri dikaji dari segi pertalian ke hadapan dan ke belakang melalui aliran input-output barangan dalam bentuk kewangan ($). Iaitu semakin besar jumlah input-output dalam nilai $, bermaksud semakin kuat pertalian antara industri. Di samping itu, kepentingan pertalian industri dari segi perletakan juga dilihat untuk memastikan pembangunan perindustrian yang sesuai dengan alam persekitaran. Ini seterusnya mencapai matlamat kajian ke arah memperkukuhkan pertalian antara industri untuk mempercepatkan kemajuan sesuatu kawasan perindustrian. Dalam mengkaji pertalian inter-industri di Kawasan Perindustrian Bakar Arang. Teknik Input-Output yang dapat menunjukkan perhubungan/salingkaitan di antara industri digunakan untuk menganalisis aliran input-output barangan di antara berbagai jenis industri. Hasil analisis menunjukkan bahawa pertalian inter-industri secara keseluruhan di Kawasan Perindustrian Bakar Arang adalah agak lemah. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis industri yang saling bergantungan dalam membekal input-output barangan di Kawasan Perindustrian Bakar Arang. Daripada hasil analisis, kesan pertalian industri yang kuat tertumpu di antara industri elektronik, industri alat audio, industri keluaran plastik, pembungkusan dan kejenteraan/mesin. Penumpuan pertalian terhadap industri-industri ini sekali lagi memperkukuhkan hasil analisis 'Location Quentient' yang dijalankan mengikut sektor industri di antara kawasan perindustrian di Negeri Kedah. Ini adalah keranan hasil LQ juga menunujukkan bahawa pengkhususan industri di Kawasan Perindustrian Bakar Arang tertumpu kepada junis-jenis industri tersebut. Dengan itu, pembangunan perindustrian Kawasan Perindustrian Bakar Arang pada masa hadapan seharusnya ditujukan kearah pengkhususan tersebut agar dapat mewujudkan pertalian antara industri yang kuat dan berkesan. Apabila kesan pertalian industri yang kuat dan berkesan diwujudkan, ia membolehkan industri-industri di dalam satu kawasan perindustrian berfungsi dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana satu kedudukan industri yang mempunyai pengkhususan akan dapat menggalakkan pengelompokan ekonomi, memudahkan penyediaan kemudahan infrastruktur, meminimumkan kos dan masa penghantaran barangan serta memudahkan kawalan dari segi perletakan industri untuk mengelakkan masalah alam persekitaran terutamanya masalah pencemaran. Secara ringkasnya, hasil penemuan kajian ini memberi implikasi penting terhadap perancangan khususnya dari segi menimbulkan kesedaran pihak jururancang tentang kepentingan pertalian industri dalam perancangan dan pembangunan kawasan perindustrian. Ia juga merupakan maklumat asas bagi perancangan perindustrian masa hadapan, menjadi titik tolak mengenalpasti jenis industri dan lokasi yang sesuai.