Sungai Melaka : satu tinjauan ke arah peningkatan imej dan penggunaanya /

Sungai memainkan peranan yang penting di dalam sejarah perkembangan dan pembangunan bandar. Sungai juga boleh dilihat sebagai satu aset semulajadi yang boleh dieksploitasi sewajarnya. Walau bagaimanpun, keadaanya di Sungai Melaka adalah tidak sedemikian. Pencemaran kualiti air dan kualiti lihatan ad...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Lim, Sin Yi 1990- 250006
Format:
Published: 1992
Subjects:
Description
Summary:Sungai memainkan peranan yang penting di dalam sejarah perkembangan dan pembangunan bandar. Sungai juga boleh dilihat sebagai satu aset semulajadi yang boleh dieksploitasi sewajarnya. Walau bagaimanpun, keadaanya di Sungai Melaka adalah tidak sedemikian. Pencemaran kualiti air dan kualiti lihatan adalah masalah ketara bagi Sungai Melaka yang begitu bersejarah. Ini berlaku kerana terdapatnya guna tanah, serta aktiviti yang mengalirkan kumbahan dan sisa yang tidak terkawal. Imej Sungai Melaka pada masa sekarang adalah yang menjijikkan sedangkan ia berpotensi untuk dijadikan objek yang menarik khususnya sebagai sumber kawasan lapang bandar. Pembangunan sungai di Venice, London dan Singapura memberi inspirasi dan membuktikan Sungai Melaka boleh dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong serta mengingatkan kembali kegemilangan Sungai Melaka. Satu contoh yang baik adalah di Sungai Kallang, Singapura di mana pada suatu masa dahulu ia merupakan sungai yang mengalami pencenmaran yang amat teruk, kini telah menjadi tempat pelancongan yang terkenal di negara tersebut. Sungai Melaka dapat dibangunkan dengan meningkatkan penyelarasan tanggungjawab jabatan-jabatan kerajaan yangterlibat serta memulihkan pencemaran sungai darisegi kualiti air dan lihatan. Kualiti air perlu dipulihkan ke tahap kelas III (Jabatan Alam Sekitar) dankualiti visual boleh diperbaiki melalui kawalan dan pemulihan ke atas struktur dan bangunan yang tersediada dan akan dibina ditebingnya.