SEJARAH AWAL PENTADBIRAN AGAMA ISLAM DI JOHOR /

Buku ini membicarakan tentang sejarah pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor, Pejabat Mufti dan Pejabat Kadi Besar semasa dibawah penjajahan British dan Jepun sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sejarah pentadbiran Jabatan Agama Johor dibincangkan dengan terperinci dalam konteks pengurusan ha...

全面介紹

書目詳細資料
Main Authors: Fadilah Zaini author 367189, Kamaruzaman Yusoff, Prof. Dr. author 229440, Mohd. Azhar Abd. Hamid, 1968- editor 608955
格式: text
語言:may
出版: Skudai : Penerbit UTM Press, 2016
主題:
實物特徵
總結:Buku ini membicarakan tentang sejarah pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor, Pejabat Mufti dan Pejabat Kadi Besar semasa dibawah penjajahan British dan Jepun sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sejarah pentadbiran Jabatan Agama Johor dibincangkan dengan terperinci dalam konteks pengurusan haji, pendidikan agama, pelantikan pegawai, pengurusan tanah wakaf, undang-undang mengawal tingkah laku masyarakat Islam serta menyebarkan dakwah Islamiyah. Buku ini juga menjelaskan tentang peranan pentadbiran Pejabat Mufti dan Pejabat Kadi Besar yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal nikah, cerai dan rujuk, pentadbiran masjid, pengurusan zakat, pejabat kadi daerah dan pentadbiran Mahkamah Syariah. Perbincangan juga meliputi fungsi Majlis Agama Islam Johor dan perundangan Islam yang dibawa dari Mesir dan Turki. Selain itu, buku ini juga membincangkan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Agama Islam Johor dalam membantu negeri-negeri lain di Tanah Melayu dan negara Brunei Darussalam bagi memperkasakan pentadbiran agama Islam di negeri masing-masing. Malah, kehadiran penjajah British telah memberi pelbagai implikasi dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Jabatan Agama Islam Johor serta perundangan Islam dalam menyusun atur sistem pentadbiran Islam di Johor.