DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI : ADA DAMAI DI AL-AQSA /

Ziarah Al-Aqsa? Takut? Mungkinkah kerana buminya yang sentiasa bergolak? Tambahan ada pula fatwa ulama yang melarang umat Islam masuk berziarah di bumi yang dikuasai pemerintah Yahudi Zionis. Namun hadis Nabi, menjelaskan, “Jangan bersusah-susah melakukan perjalanan jauh melainkan untuk mengunjungi...

ver descrição completa

Detalhes bibliográficos
Main Authors: Roza Roslan, 1967-, author 552040, Rosmawati Saidin, editor 620153, Muhd. Kamil Ibrahim, 1964-, author 545162
Formato: text
Idioma:may
Publicado em: Petaling Jaya, Selangor : Galeri Ilmu Sdn. Bhd., 2017
Assuntos:
Descrição
Resumo:Ziarah Al-Aqsa? Takut? Mungkinkah kerana buminya yang sentiasa bergolak? Tambahan ada pula fatwa ulama yang melarang umat Islam masuk berziarah di bumi yang dikuasai pemerintah Yahudi Zionis. Namun hadis Nabi, menjelaskan, “Jangan bersusah-susah melakukan perjalanan jauh melainkan untuk mengunjungi tiga masjid, iaitu: Masjidku ini (Masjid Madinah), Masjidil Haram (di Makkah), dan Masjidil Aqsa (di Jerusalem).” Ya. Umat Islam dituntut untuk berziarah ke sana, biarpun dengan susah payah. DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI: Ada Damai di al-Aqsa. Bukan ziarah biasa-biasa, tetapi ia merupakan ziarah berlandaskan ibadah semata-mata kerana Allah. Sebuah travelog. Penulis menyingkap senario semasa di bumi Palestin. Di sebalik penindasan oleh Yahudi Zionis terhadap penduduk Palestin, masih wujud kedamaian lebih-lebih lagi bagi mereka yang dapat mengunjungi Masjid al-Aqsa itu sendiri. Apakah yang mendamaikan di bumi anbiya itu? Ada sesuatu yang menarik yang membuka mata khalayak... rata-rata warga Palestin impikan pembebasan daripada cengkaman Zionis. Doa dipanjatkan siang malam, namun mengapa bantuan Allah masih lagi tertahan? Jawapannya ada pada solat Subuh di masjid-masjid mereka. DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI: Ada Damai di al-Aqsa pasti akan mengubah minda khalayak yang masih berfikir dan menimbang-nimbang membuat keputusan sama ada mahu bermusafir ke al-Aqsa atau tidak.