HADIAH BUAT SUAMI /

Sewaktu mula membaca buku ini, saya masih lagi bujang. Belum bergelar suami orang. Rakan mengusik dan diberikannya buku ini kepada saya. Saya sambut dengan hati terbuka. Kenapa? Kerana penulisnya, dan kerana tajuknya. Puan Roza Roslan adalah nama yang dikenali. Beliau penulis yang pandai mengolah ka...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Roza Roslan, author
Format:
Language:may
Published: Selangor : BLINK Islamic, 2015
Subjects:
Description
Summary:Sewaktu mula membaca buku ini, saya masih lagi bujang. Belum bergelar suami orang. Rakan mengusik dan diberikannya buku ini kepada saya. Saya sambut dengan hati terbuka. Kenapa? Kerana penulisnya, dan kerana tajuknya. Puan Roza Roslan adalah nama yang dikenali. Beliau penulis yang pandai mengolah kata dan mempunyai pengalaman panjang dalam kehidupan berumah tangga. Belum buka lagi pun, saya sudah percaya yang naskah ini bukanlah berasaskan teori dan rasa semata-mata, tetapi juga berdasarkan sejarah hidup dan pergaulan yang luas. Sekalipun saya lelaki yang lebih gemar nampak 'macho' daripada nampak sebak, naskah ini mampu menyentuh hati. Pada awalnya, kita melihat senario sebelum kahwin. Saya jadi lebih faham akan harapan dan kebimbangan seorang wanita. Saya juga jadi nampak apa yang penting dalam kehidupan berkeluarga, dalam hal-hal yang dahulunya saya nampak kecil dan remeh. Benarlah. Yang kecil tidak semestinya remeh. Sekiranya yang kecil pun tidak mampu dibuat dan diurus, bagaimana pula yang besar-besar? Dengan gabungan bahasa yang indah dan dikayakan pula dengan sentuhan ayat-ayat Al-Quran, hati bukan sekadar faham. Hati juga lebih terpandu.