Summary: | “ Khalas, khalas.. Kuwais.. Masha Allah syukran katheer.” Tiba- tiba pemandu teksi yang seolah agak terkejut dengan tindakan suami menyuruh suami berhenti dari terus mengelap. Mungkin terasa malu pelanggan perlu mengelap cermin kereta yang berkabus. Begitulah suasana di Mekah. Kereta kemek, cermin berkabus kerana tiada pendingin hawa, pemandu agresif dan bunyi hon yang sentiasa memekik sudah menjadi kebiasaan kehidupan masyarakat di Mekah dan penduduknya pelbagai ragam dan karenah. Perkongsian travelog ini bukan sekadar ilusi dan fantasi. Ia benar-benar menggambarkan suasana kehidupan Mekah dan kehidupan anak Malaysia yang kadangkala merasa “terperangkap” di dalam kabilah Arab. Susah senang, gembira, menangis. Segala rencah cukup terasa. Moga ia bermanfaat untuk semua.
|