Penggunaan buluh sebagai bahan binaan dalam bangunan tradisional /

Buluh merupakan tumbuhan yang amat berguna dikalangan segolongan besar manusia sejak zaman berzaman. Minat terhadap penggunaan buluh adalah berbeza-beza diantara satu negara dengan negara yang lain. Buluh digunakan dengan berbagai-bagai cara untuk berjenis-jenis barangan serta bahanbinaan mengikut c...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 273748 Hashim Mohd. Salleh
Format:
Published: KL : UTM, 1985
Subjects:
Description
Summary:Buluh merupakan tumbuhan yang amat berguna dikalangan segolongan besar manusia sejak zaman berzaman. Minat terhadap penggunaan buluh adalah berbeza-beza diantara satu negara dengan negara yang lain. Buluh digunakan dengan berbagai-bagai cara untuk berjenis-jenis barangan serta bahanbinaan mengikut corak serta keadaan. Disamping itu, diantara keistimewaan yang lain pula, buluh mempunyai kaitan yang rapat dengan adat serta kepercayaan setengah golongan masyarakat seperti untuk menghalau hantu, jin dan sebagainya. Melalui kajian ini beberapa pendekatan telah dijalankan terhadap ciri-ciri umum buluh, ini termasuklah jenis-jenis buluh yang lazim terdapat dinegara kita. Sebagai sejenis tumbuhan, buluh mempunyai pola-pola pertumbuhan yang menarik, seperti corak pembiakan yang dapat dibahagikan kepada dua, 'Monopodial' dan Sympodial'. Selain dari itu, kajian ini juga merangkumi secara kasar, aspek-aspek penggunaan buluh secara menyeluruh - baik dari segi ekonomi ataupun dari segi tradisional. Penggunaan buluh dari segi tradisional termasuklah aspek-aspek penggunaannya terhadap pembinaan rumah dan juga dibidang pertanian. Dari segi ekonomi pula, penggunaan serta sumbangan buluh merangkumi bidang-bidang kraftangan dan industri di mana perusahaan ini menarik minat sebilangan besar masyarakat sekarang. Kajian yang terakhir merupakan satu kajian yang teliti mengenai aspek-aspek penggunaan buluh pada rumah-rumah tradisional khususnya di Semenanjung Malaysia. Dalam hal ini kajian telah dibuat berasaskan pada dua aspek utama, iaitu penggunaan dari segi struktur binaan bangunan dan penggunaannya sebagai bahanatau elemen bangunan serta kemasan. Aspek-aspek kajian ini dibuat berpandukan kepada beberapa buah rumah yang telah dipilih.