Meminimumkan keperluan kuasa kuda pemampatan dalam sistem angkas gas di Malaysia/

Objektif projek ini adalah untuk meminimumkan kuasa kuda pemampat dalam sistem angkat gas di Malaysia sementara mengekalkan kadar pengeluaran minyak kepada optimum. Cara untuk mencapai objektif ini adalah melalui penyelakuan berkomputer dengan memilih nisbah gas-cecair (GLR) yang paling optimum supa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 274668 Koay, Kar Aik
Format:
Published: Skudai : UTM, 1992
Subjects:
Description
Summary:Objektif projek ini adalah untuk meminimumkan kuasa kuda pemampat dalam sistem angkat gas di Malaysia sementara mengekalkan kadar pengeluaran minyak kepada optimum. Cara untuk mencapai objektif ini adalah melalui penyelakuan berkomputer dengan memilih nisbah gas-cecair (GLR) yang paling optimum supaya kejatuhan kecerunan tekanan adalah minimum dalam tetiub, dan seterusnya mengurangkan keperluan kuasa kuda pemampat untuk mendatangkan kadar pengeluaran yang hampir kepada maksimum atau maksimum. Untuk mencari GLR yang optimum, korelasi-korelasi aliran multi-fasa yang sedia wujud perlu digunakan. Oleh kerana tiada satu korelasi yang dianggap oleh industri petroleum dapat meramalkan kecerunan tekanan yang paling tepat dan konsisten, maka perbandingan antara data lapangan yang sebenar dengan data yang diperolehi daripada korelasi-korelasi untuk mendapatkan korelasi yang paling sesuai untuk keadaan lapangan minyak di Malaysia perlu dilakukan. Korelasi-korelasi yang digunakan adalah Hagedorn dan Brown,Duns dan Ros, Orkiszewski, Aziz Govier dan Beggs dan Brill. Korelasi yang paling sesuai berasaskan kepada data dari lapangan Malaysia akan digunakan dalam meramalkan kecerunan tekanan dalam tetiub untuk telaga minyak yang menggunakan sistem angkat gas pada lapangan di Malaysia bagi mencapai objektif meminimumkan kuasa kuda pemampat.