Penganalisisan perkembangan industri petroleum di Malaysia/

Industri Petroleum Malaysia bermula pada awal 1910 dengan penemuan telaga komersial pertama di Miri, Sarawak. Seterusnya perkembangan industri ini telah menjadikan ianya penyumbang kedua terpenting ekonomi negara selepas industri perkilangan pada akhir 1988. Daripada kajian ini, dapat dilihat perkem...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 274704 Mohamad Azmi Abdul Rahman
Format:
Published: Skudai : UTM, 1992
Subjects:
Description
Summary:Industri Petroleum Malaysia bermula pada awal 1910 dengan penemuan telaga komersial pertama di Miri, Sarawak. Seterusnya perkembangan industri ini telah menjadikan ianya penyumbang kedua terpenting ekonomi negara selepas industri perkilangan pada akhir 1988. Daripada kajian ini, dapat dilihat perkembangan industri petroleum Malaysia bergantung kepada jumlah Kawasan Kontrak Malaysia iaitu kira-kira 580,000 km persegi, yang mana ianya dilingkungi oleh lima lembangan endapan. Selain itu rekod penemuan yang tinggi iaitu pada kadar 1:6 bagi penemuan minyak dan 1:3 bagi penemuan minyak dan gas adalah faktor utama yang turut mempengaruhi perkembangan industri ini. Sehingga akhir tahun 1991, jumlah rezab minyak yang ditemui adalah kira-kira 3.6 ribu juta tong dan rezab gas pula 59.1 trillion kaki padu. Dengan jumlah pengeluaran 600,00 tong sehari bagi minyak dan 1.7 ribu juta kaki padu bagi gas pada akhir 1991 diramal rezab minyak akan bertahan selama 15 tahun manakala rezab gas pula 95 tahun jika tiada penemuan rezab baru. Daripada kajian dapat dilihat perkembangan industri petroleum negara turut dipengaruhi oleh keadaan politik negara dan dunia, undang-undang dan polisi serta sistem pengagihan pengeluaran yang diperkenalkan oleh kerajaan. Selain itu jumlah permintaan, harga barangan petroleum, kesediaan negara menyediakan kemudahan infrastruktur, tenaga buruh dan insentif, juga merupakan faktor sampingan yang turut mempengaruhi perkembangan industri petroleum negara. Hasil daripadakajian ini, kita dapat melihat perkembangan industri petroleum Malaysia adalah lebih tertumpu kepada sektor hiliran terutama aktiviti gas dan petrokimia. Diramalkan, kedua aktiviti ini akan berkembang pesat sehingga tahun 2000. Bagaimanapun perkembangan disektor huluan diramal akan meningkat apabila blok laut dalam dan daratan ditawarkan.