PEMBELAJARAN TRANSFORMATIF & PERTUKARAN AGAMA /

Buku ini mengupas tentang fenomena pengalaman individu Cina Muslim dalam mengubah perspektif (mind set) terhadap agama Islam. Pada umumnya, tanggapan masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam adalah negatif dan ia sangat berkait rapat dengan pelbagai faktor dalaman dan luaran. Maka, faktor luaran...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Azhar Abd. Hamid, 1968- author 608955
Format: text
Language:may
Published: Penerbit UTM Press 2017
Subjects:
Online Access:https://www.e-sentral.com/book/info/273234/pembelajaran-transformatif-dan-pertukaran-agama
Description
Summary:Buku ini mengupas tentang fenomena pengalaman individu Cina Muslim dalam mengubah perspektif (mind set) terhadap agama Islam. Pada umumnya, tanggapan masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam adalah negatif dan ia sangat berkait rapat dengan pelbagai faktor dalaman dan luaran. Maka, faktor luaran dan dalaman tersebut telah mewujudkan ‘Islamophobia' dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Konsep ‘Islamophobia’ ini meresap dengan mendalam ke dalam pemikiran mereka khususnya selepas peristiwa 9/11. Namun begitu, faktor pencetus dan faktor pembantu lainnya telah menyebabkan mereka mula melakukan refleksi kritikal dan seterusnya membina perspektif makna yang lebih positif terhadap agama Islam. Akhirnya, dengan hidayah daripada Allah, mereka kembali kepada fitrah, iaitu agama Islam. Buku ini juga turut menggambarkan fenomena kembali kepada fitrah ini menerusi proses pembelajaran transformatif yang amat berliku dan mencabar. Rakaman pengalaman yang dilalui oleh individu Cina Muslim ini diperjelas secara terperinci menerusi suatu model yang dinamakan Transformasi Perspektif Terhadap Islam. Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja khususnya mereka yang berkecimpung dalam penyelidikan dalam bidang pembelajaran dewasa, dakwah dan kepimpinan, pendakwah, aktivis perbandingan agama, guru, dan orang awam yang berminat untuk memahami secara lebih mendalam mengapa seseorang itu melakukan perubahan terhadap pemikirannya.