Dasar akidah Muslim /

Dasar Akidah Muslim mengupas secara tuntas tentang teras akidah yang menjadi tunggak kehidupan sebagai seorang muslim. Hal ini adalah berdasarkan bahawa akidah Islam merupakan pandangan semesta yang menjadi cerminan kepada nilai kehidupan seorang muslim keseluruhan. Apabila prinsip akidah tulus dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kamarul Azmi Jasmi, supervisor 233557, Ab. Halim Tamuri, author 230787, E-Sentral(Online service)
Format: text
Language:eng
Published: Johor Bahru : Penerbit UTM Press ; 2011
Subjects:
Description
Summary:Dasar Akidah Muslim mengupas secara tuntas tentang teras akidah yang menjadi tunggak kehidupan sebagai seorang muslim. Hal ini adalah berdasarkan bahawa akidah Islam merupakan pandangan semesta yang menjadi cerminan kepada nilai kehidupan seorang muslim keseluruhan. Apabila prinsip akidah tulus dan murni ini dapat diterjemahkan dalam ikatan kepercayaan seseorang muslim, maka terungkaplah dalam diri mereka sebuah keindahan abadi diri yang disulami dengan syariat yang indah dan akhlak yang mengagumkan. Justeru itu, penulis cuba mengupas secara tuntas pengenalan akidah Islam yang memperincikan juga kalimah syahadah sebagai dasar kalimah iman. Tiga tiang utama akidah, iaitu Uluhiyyah – perbincangan tentang ketuhanan; Nubuwwah – perbincangan tentang kenabian; dan Sam’yyat – perbicaraan tentang pengkhabaran akhirat juga diulas dengan teliti, padat, serta ringkas bagi setiap ranting utama dan cabang–cabangnya. Akhir sekali, pemantapan iman dan akidah melalui usaha meningkatkannya serta usaha membebaskan diri daripada unsur–unsur kerosakan akidah, amalan khurafat, dan amalan bidaah juga diperhalusi dengan harapan agar akidah mampan mampu digapai oleh seluruh umat Islam di Malaysia.