סיכום: | Buku Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau adalah hasil penyelidikan penulis tentang hubungan tradisional di Asia Tenggara dari abad ke-16 hingga abad ke-19 yang wujud di kalangan pusat kuasa seperti Siam, Melaka, Myanmar, Majapahit, Vietnam, Johor. Selain hubungan dengan pusat kuasa serantau, wujud juga hubungan dengan kuasa luar seperti China, Belanda, Perancis dan British. Penjelasan ini dapat memperbetulkan gambaran yang dibuat oleh sarjana-sarjana Barat yang hanya menekankan aspek-aspek negatif dalam hubungan serantau seperti konflik sosio-politik, peperangan dan suasana politik yang berpecah-belah. Hubungan tradisional ini menjadi asas yang kukuh kepada hubungan masa kini di kalangan negara-negara di Asia Tenggara.
|