Insuran-insuran yang dikehendaki oleh kontrak setara dan perusahaan pembinaan / Choo Kok Keong

Dissertasi ini cuba mengkaji jaminan insuran dalam perusahaan binaan mendasarkan khas kepada peruntukan-peruntukan lepas tanggungan dan insuran yang tercatat dalam Kontrak Setara Pembinaan Pertubuhan Arkitek Malaysia, yakni fasal-fasal 18, 19 dan 20. Secara am dissertasi ini telah dipecahkan kepada...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: 287109 Choo, Kok Keong
格式:
出版: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1980
主题:
实物特征
总结:Dissertasi ini cuba mengkaji jaminan insuran dalam perusahaan binaan mendasarkan khas kepada peruntukan-peruntukan lepas tanggungan dan insuran yang tercatat dalam Kontrak Setara Pembinaan Pertubuhan Arkitek Malaysia, yakni fasal-fasal 18, 19 dan 20. Secara am dissertasi ini telah dipecahkan kepada beberapa bab tertentu, iaitu bab satu hingga bab lapan. Ianya dibahagikan mengikut tajuk dan aspek insuran yang penting. Makna dan operasi insuran adalah dibincangkan dalam bab kedua. Ini hanyalah penjelasan permulaan tentang insuran agar konsep sebenar insuran telah difahami dahulu. Fasal-fasal insuran dalam kontrak setara pembinaan pertubuhan Arkitek Malaysia pula dianalisakan dalam bab ketiga dari segi kelengkapan dan keadilan dan maksud sebenarnya kepada semua pihak dalam perusahaan pembinaan. Bab ini sangatlah penting kerana masih ramai dalam perusahaan binaan yang tidak memahami sepenuhnya peruntukan-peruntukan insuran dalam Kontrak. Lagipun ia direka khas untuk menjamin kepentingan Majikan dan Kontraktor bersama dalam sesuatu projek binaan. Dalam bab empat pula jenis-jenis polisi insuran iaitu Insuran Pampasan Pekerja, Insuran Tanggungan Awam, Insuran Api, Insuran Segala Risko Pemborong dan Skim Insuran Keselamatan Pekerja telah diselidiki khususnya dari segi kelengkapan lindungannya berhubung dengan perusahaan binaan dan aturcara memperolehi lindungan yang baik bagi sesuatu projek binaan. Lazimnya penggunaan dan cara-cara mempraktikkan fasal-fasal insuran kontrak menimbulkan banyak masalah kepada pihak-pihak tertentu dalam sesuatu projek binaan. Jadi bab kelima ditumpukan kepada pengurusan insuran dalam tiap-tiap peringkat projek binaan untuk menganalisakan cara yang sepatut diamalkan. Jikalau apa-apa bencana berlaku ditapak binaan terdapat cara-cara tertentu untuk menuntut pampasan dari Syarikat Insuran. Cara-cara dan masalahnya ada dibentangkan dalam bab keenam. Satu kajian kes telah dilakukan pada satu bangunan bank di Banting yang sedang didirikan untuk mengkaji urusan insuran yang biasa diamalkan dalam dalam perusahan binaan tempatan kita. komen-komen tentang projek ini ada dicatatkan dalam bab ketujuh. Bab kelapan mengandungi satu rengkasan kelemahan-kelemahan serta masalah-masalah besar tentang pengurusan insuran dalam perusahaan pembinaan dan pengesyoran untuk mengatasinya.