Summary: | Pelan Antirasuah Organisasi KDN 2020-2024 ini telah dibangunkan sejajar dengan hasrat Kerjaan dalam menangani isu rasuah, governans dan isu integreti yang berlaku dalam system pengurusan pentadiran Kerajaan, Pelan ini adalah susulan pelancaran Pelan Antirasuah National (NACP) 2019 – 2023 oleh Kerajaan pada 29 Januari 2019. Pelan ini mengandungi inisiatif-inisiatif yang perlu dilaksanakan oleh semua bahagian di dalam Kementerian. Latar belakang secara ringkas berserta fungsi dan peranan KDN selaku Kementerian terkehadapan dalam menjaga hal ehwal keselamatan dalam negara dan keperluan merangka pelan antirasuah diterangkan dalam Bab 1. Seterusnya senario rasuah dan salah laku integriti di peringkat KDN dijelaskan melalui statistik bermula tahun 2014 sehingga 2019 dalam Bab 2. Paradigm Shift KDN dalam menangani gejala rasuah telah dijelaskan di dalam Bab 3 termasuk pernyataan misi, visi dan matlamat yang ditetapkan. Dalam pelan ini, terdapat 33 inisiatif yang ditetapkan yang merangkumi empat (4) bidang keutamaan dan empat (4) strategi yang telah digariskan. Kesemua inisiatif tersebut perlu dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak melebihi tempoh empat (4) tahun oleh semua bahagian di KDN. Mekanisme pelaksanaan, pemantauan dan penilaian pelan ini dijelaskan di dalam Bab 4. Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Kementerian akan memastikan pelan ini dilaksanakan secara berterusan dan penambahbaikan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa melalui maklum balas yang diterima selaras dengan keperluan semasa Kementerian. Bab 5 menjelaskan keberkesanan pelan ini amat memerlukan komitmen dan usaha berterusan semua pihak khasnya warga Kementerian termasuk pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan KDN.
|