Sammanfattning: | DI BAWAH RAHMAT ILAHI merupakan kompilasi Catatan Memoir penulis mengikuti dua program kembara bersama Suhbah Travel and Tours (STT). Kedua-duanya begitu bermakna kerana penulis berpeluang menemui beberapa "mutiara" yang amat berharga. Dalam 'IBRAH MUSAFIR 4 (IM4), penulis berjaya menjejaki semangat perjuangan sosok terkenal Buya Hamka di samping meninjau budaya Minangkabau dan keindahan Tasik Maninjau. Dalam 'IBRAH MUSAFIR 5 (IM5) pula, penulis sempat mengimbas mukadimah tamaddun Islam di Macedonia. Disebabkan penularan wabak Corona di sana, rombongan penulis terpaksa berpatah balik ke Istanbul dan sempat pula menghayati perjuangan menyebarkan syiar Islam serta penaklukan Constantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fatih di samping meninjau sejarah Uthmaniah di Anatolia. Apa yang menakjubkan, sebahagian penemuan adalah secara tidak sengaja. Hasrat awal ke negara Balkan terpaksa ditunda. Segalanya atas kehendak-Nya. Paling mendebarkan, kesihatan penulis dan beberapa peserta lain diuji dengan keracunan makanan sekembalinya dari Sumatera dan tempias Covid-19 Kluster Turki. Kesannya sungguh menginsafkan. Syukur, penulis diberi kesihatan dan dilindungi Allah dari musibah berpanjangan. Living to tell the tales. -- Dewi Rosnah Radin Suhadi (019-4776373)
|