Summary: | BUKU ini membincangkan tentang analisis kebangkitan semula Islam di Malaysia. Melalui perspektif sosiologinya, analisis ini menghuraikan sebab kebangkitan, ciri-cirinya, akibatnya dan ideologiakelompok-kelompok yang terlibat. Sambil menonjolkan faktor-faktor seperti urbanisasi, pembangunan kaum kapitalis dan kepentingan diri sebagai faktor-faktor penting, Dr. Chandra Muzaffar juga berhujah bahawa tenaga utama di sebalik fenomena ini ialah dikotomi etnik dan bahawa kebangkitan semula Islam mengandung implikasi bukan sahaja terhadap hubungan antara komuniti dari berbagai fahaman agama tetapi juga terhadap corak keseluruhan perkembangan politik di negara ini. Buku karangan Dr. Chandra Muzaffar ini adalah terjemahan daripada karya asal dalam bahasa Inggeris yang bertajuk Islamic Resurgence in Malaysia dan diasaskan kepada kertas-kerja yang dibentangkan olehnya dalam persidangan Reflections on Development di Rockefeller Centre, Bellagio, Itali, 1985.
|