Summary: | Laksamana Hang Tuah dianggap wira agung bangsa Melayu yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu di Alam Melayu sama ada di Malaysia, Indonesia dan dunia amnya. Manakala Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu diiktiraf oleh UNESCO sebagai karya agung bangsa Melayu dan merupakan warisan dunia yang perlu dipelihara dan dipertahankan terus menerus dari zaman ke zaman. Laksamana Hang Tuah dan empat orang sahabatnya juga dianggap berjasa besar dalam membina dan mempertahankan Empayar Melaka sebelum menghadapi serangan barat khususnya Portugis. Buku kecil ini membincangkan polemik kewujudan Hang Tuah oleh dua kelompok sarjana dan penulis yang pro dan kontra kewujudannya di bumi Melaka. Kelompok yang mempertahankan kewujudan Hang Tuah mengemukakan bukti-bukti baru yang ditemukan di Jepun dan tentunya memperkayakan lagi pengetahuan tentang Hang Tuah. Begitu juga kelompok yang mempertikaikan kewujudan Hang Tuah wujud juga di sana sini tetapi pastinya ditewaskan oleh pandangan golongan majoriti yang menyokong kewujudan Hang Tuah. Buku kecil ini sangat berguna dalam memahami kepahlawanan Hang Tuah dan jasa-jasanya dalam membina jati diri bangsa Melayu dan sewajarnya dimiliki oleh bangsa Melayu yang cintakan bangsanya betapa negara ini dibina hasil sumbangan generasi terdahulu. Penyelenggara buku ini, Prof. Madya Dr. Talib Samat merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.
|