Summary: | Salah satu kebebasan manusia yang telah dibatasi oleh Allah dan RasulNya ialah kebebasan beragama iaitu manusia bebas memilih agama tetapi manusia tidaklah bebas keluar dari agama Islam yang telah dipilih sebagai agama anutannya. Orang yang keluar dari agama Islam dinamakan murtad yang diancam dengan hukuman mati. Kesalahan (jarimah) riddah ini adalah termasuk salah satu kesalahan Hudud yang menjadi satu bahagian yang paling utama dari Kanun Jenayah Islam. Buku kecil ini cuba mengungkapkan kembali serba sedikit perkara-perkara yang bersangkutan dengan kebebasan beragama, batas-batasnya, perkara-perkara yang membatalkan iman dan Islam serta ancaman tindakan pidana ke atas orang murtad sepanjang ketetapan Allah dan Rasul-Nya, dan seperti yang difahami dan dilaksanakan oleh para sahabat dan Tabi'in dan orang-orang Islam sesudah mereka, dan seperti yang diterangkan oleh para ulama mujtahidin dalam kitab-kitab karangan mereka yang menjadi rujukan dan ikutan sampai kini.
|