Summary: | Sesungguhnya bid'ah adalah ancaman terbesar terhadap ketulenan agama. Hilangnya ketulenan agama nabi-nabi terdahulu disebabkan bid'ah yang dilakukan oleh para pengikut mereka. Pada masa kini wujud segolongan masyarakat yang sewenang-wenangnya melakukan bid'ah dan menjustifikasikannya atas istilah Bid'ah Hasanah. Malah tanpa segan silu mereka mengaitkannya kepada nama para ulama silam yang sebelum ini pernah menggunakan istilah Bid'ah Hasanah, tanpa memahami apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh ulama silam tersebut. Dalam buku yang ringkas tetapi padat ini, penulis berjaya menerangkan apakah yang sebenarnya dimaksudkan sebagai Bid'ah Hasanah di sisi para ulama silam, sekali gus membetulkan salah faham masyarakat. Buku ini patut menjadi sumber kajian setiap individu yang ingin beribadah dengan amalan yang tulen supaya dengan itu ia diterima sepenuhnya oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
|