Summary: | KINI terjadi perbezaan yang amat ketara antara makna ibadah yang dikehendaki Allah SWT dan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dengan pemahaman umat secara umum. Pemahaman yang sebenar tentang ibadah menjadikan generasi sahabat sebagai umat yang terbaik, sedangkan pemahaman yang ada pada sebagahagian besar umat zaman ini, menghasilkan umat bagaikan 'buih yang dihanyut air bah'. Untuk mengembalikan umat Islam ke tempat yang sepatutnya, maka perlulah terlebih dahulu diluruskan pemahaman mereka tentang konsep asas ibadah dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Masalah yang dihadapi umat berkaitan dengan penyimpangan fahaman bukan lagi merupakan masalah sampingan dan bukan pula merupakan masalah yang dapat diselesaikan hanya dengan nasihat dan petunjuk. Masalah ini memerlukan satu perubahan yang menyeluruh. Ibadah dalam pemahaman yang sempit, meskipun dilaksanakan oleh hampir semua umat Islam di bumi ini, tidak akan dapat mengangkat mereka dari jurang kehinaan dan kerendahan yang meliputi mereka dari segala segi. Lihatlah keadaan dunia Islam sekarang!
|