Syeikh Muhammad Bin 'Abdil Wahhaab : Pada Pandangan 'Ulama'-'Ulama' Penegak Kebenaran di Benua Kecil India /

Bila mendengar perkataan "Wahabi", atau mendengar perihal seorang "Wahabi", datanglah dua perkara di hati; pertama: emosi, kedua: persoalan. Persoalan mengenai "Wahabi" jarang sekali dibalas dengan jawapan yang benar dan teliti, walaupun oleh golongan ilmuwan. Tidak ram...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sheikh Muhammad Manzoor Nu'maani, author 645577, Maulana Muhammad 'Asri Yusoff, 1958-, translator 639949
Format: text
Language:may
Published: Kota Bahru, Kelantan : Pustaka Bisyarah, 2018
Subjects:
Description
Summary:Bila mendengar perkataan "Wahabi", atau mendengar perihal seorang "Wahabi", datanglah dua perkara di hati; pertama: emosi, kedua: persoalan. Persoalan mengenai "Wahabi" jarang sekali dibalas dengan jawapan yang benar dan teliti, walaupun oleh golongan ilmuwan. Tidak ramai yang berminat untuk mendapatkan kebenaran mengenai golongan Wahabi ini, kebanyakannya menganggap kebenaran sudah terpampang di hadapan mata, tidak perlu lagi bersusah-payah untuk mencarinya. Disebabkan ini, golongan Wahabi hakikatnya sudah tidak dikenali pada hari ini walaupun nama mereka disebut-sebut oleh hampir setiap orang pada setiap hari. Musuh-musuh Islam pula sudah lama mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk memperbodohkan umat Islam dan melaga-lagakan mereka sesama sendiri. "Bila tak kenal, maka tak cinta", inilah nasib golongan Wahabi. Mereka sudah tidak lagi dikenali, tidak ada lagi yang cintakan mereka, tidak ada lagi yang kasihankan mereka bila mereka dibelasah oleh musuh Islam. Lebih menyedihkan, orang Islam juga turut tumpang sekaki membelasah mereka kerana disangkanya penjahat yang ganas dan kejam, wajib dihapuskan dari muka bumi ini. Apa boleh buat, saudara sendiri sudah tidak lagi dikenali, musuh pula dianggap kawan, sudah sekian lama situasi ini berlanjutan dan ia sepatutnya sudah sampai ke penghujungnya. Akibatnya, emosi menjadi raja bila didengar nama "Wahabi", tidak ada lagi pertimbangan, tidak ada lagi kasihan belas, tidak ada lagi ketelitian, tidak ada lagi akal. Harapnya buku ini akan dapat mendedahkan dengan secukupnya perihal golongan Wahabi ini dan juga fitnah yang berlegar di sekitar mereka, mangsa dan pemangsa, agar kita sama-sama boleh mengetahui perkara sebenar yang berlaku, seterusnya menggunakan akal untuk menghukum dengan berlandaskan fakta, bukannya emosi dan sangkaan semata-mata. Jika tak kenal maka tak cinta, kenalilah dahulu golongan Wahabi ini. Anda akan menangisi kezaliman yang dilakukan terhadap mereka semenjak sekian lama. Kalau ya pun mereka itu musuh anda, kenalilah musuh anda dan ketahuilah, mereka tidak pernah bermusuhan dengan anda.