Summary: | Agama tidak boleh bersandarkan spekulasi dan andaian tetapi mestilah bersandarkan ilmu dan kepastian. Ilmu dan kepastian ini ialah anugerah yang diberikan oleh Allah Subḥānahu wa Ta'ālā sebagai hidāyah dan petunjuk kepada orang yang beriman. Oleh sebab itu, para ilmuwan Islam sejak dahulu kala bersikap tegas terhadap golongan Sufastā'iyyah (Sophists), yang terdiri daripada golongan agnostik (al-lā adriyyah) yang menafikan kemungkinan manusia memperoleh ilmu dan kebenaran; kelompok subjektivis (al-'indiyyah) yang menjadikan ilmu dan kebenaran bergantung pada kehendak manusia; dan kelompok yang keras kepala (al-'inādiyyah) yang berkeras menolak kebenaran meskipun ia terang dan jelas. Golongan Sufastā’iyyah ini jugalah, dalam wajahnya yang baharu, yang kini mencanangkan faham pluralisme agama dan menolak kebenaran mutlak agama Islam. Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan oleh faham pluralisme agama ini, dan meletakkan kembali sikap tegas dan jelas dalam mempertahankan Tauhid yang mencirikan agama Islam sebagai agama yang sebenar di sisi Allah Subhānahu wa Ta'alā.
|