Summary: | SIRI PENDIDIKAN FAJAR BAKTI merupakan siri yang mengandungi buku-buku pendidikan yang dirancang untuk keperluan rakyat, terutama mereka yang ingin melihat, mengkaji dan menilai perkembangan dalam bidang pendidikan dari segala aspeknya di negara ini. Antaranya termasuklah perancangan dan penyampaian pengajaran, keperluan perguruan, kepentingan perpustakaan dan pembacaan serta paranan sekolah dan persekolahan. Sosiologi Sukan memuatkan perbincangan tentang pelbagai aspek sukan dari segi sosiologinya, dengan penekanan diberikan pada teori, konsep, model serta kedudukan serta peranan sukan dalam masyarakat. Hubungkait sukan dengan wanita, agama, budaya, politik dan organisasi sosial turut dibincangkan bersama sejarah sukan dan pendidikan jasmani amnya. Buku ini, mengandungi 12 bab, ditulis oleh Prof. Madya. T. Vasudevan, pensyarah dan penyelaras pendidikan jasmani dan kegiatan kokurikulum, Universiti Malaya, yang turut menghasilkan enam judul lain dalam bidang berkenaan. Buku ini ditujukan khusus kepada para pelajar pendidikan jasmani di maktab perguruan dan universiti, serta mereka yang meminati bidang ini.
|