Summary: | Biografi Sembilan Orang Pemegang Gelaran Tengku Menteri memfokuskan perbincangan tentang biografi dan sumbangan sembilan orang tokoh pemegang gelaran itu kepada masyarakat negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya. Kesembilan-sembilan orang pemegang gelaran Tengku Menteri itu ialah Ngah Ibrahim bin Long Jaafar(1836-1895), Dato' Wan Mohd. Isa bin Ngah Ibrahim, Wan Ahmad Rasdi bin Wan Mohamad Isa, Wan Muhammad Rasdi bin Wan Muhammad Isa, Wan Muhammad Nor bin Wan Muhammad Nasir, Dato' Seri Wan Ahmad Isa Shukri Wan Ahmad Rasdi, Dato' Seri Wan Omar bin Wan Ahmad Rasdi, Dato' Dr. Hj. Wan Mohd. Isa bin Dato' Seri Wan Ahmad dan terkini Dato' Wan Mohd. Isa bin Dato' Haji Wan Ahmad Razali. Pemegang gelaran Tengku Menteri ini lebih dikenali sebagai Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama Taiping. Keistimewaan buku ini ialah buku pertama di negara ini membicarakan secara lengkap dan panjang lebar biografi dan sumbangan kepada masyarakat sembilan orang pemegang gelaran Tengku Menteri daripada keturunan Long Jaafar bin Ngah Ibrahim. Buku ini sewajarnya menjadi rujukan berguna dan panduan kepada semua golongan pemimpin dan rakyat Malaysia untuk menjadi pemimpin dan rakyat yang berkualiti dan hebat kepada bangsa dan negara. Pengarang buku ini, Prof. Madya Dr. Talib Samat adalah pensyarah di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak sejak 1 Oktober 1998 sehingga kini. Beliau telah menghasilkan lebih seratus buah buku kreatif dan deskriptif.
|