2019 : Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih

Penerbitan ini menyoroti bingkisan rakaman foto peristiwa penting sepanjang sambutan bulan kebangsaan 2019 dengan tema Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih. Bermula dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019, kemuncak sambutan digemilangkan dengan Acara Perbarisan dan P...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Azizah Wan Omar, author 637962, Rozilah Katan, author 637964, Nurhana Hashim, author 647340, Faiza Hani Abd Monem @ Adnan, author 647339, Siti Nor Khalilah Abdullah Halim, author 647338
Format: text
Language:may
Published: Putrajaya : Jabatan Penerangan Malaysia, 2020
Subjects:
Description
Summary:Penerbitan ini menyoroti bingkisan rakaman foto peristiwa penting sepanjang sambutan bulan kebangsaan 2019 dengan tema Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih. Bermula dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019, kemuncak sambutan digemilangkan dengan Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2019 di Putrajaya dan kemeriahan sambutan kemerdekaan peringkat negeri di seluruh negara turut dirakamkan dalam naskhah istimewa ini. Semangat patriotik rakyat Sarawak yang menjadi tuan rumah Sambutan Hari Malaysia 2019 pada 16 September 2019 turut dikongsi dalam lembaran halaman buku ini. rakaman lensa sorotan program-program Jabatan Penerangan Malaysia dalam menggelorakan semangat kemerdekaan melalui pelaksanaan program outreach dan engagement seperti Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019, MyMerdeka Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih, Pidato Kenegaraan 2019, Pengisahan Kenegaraan 2019, dan Pertandingan Keceriaan Negaraku. Program Anak-Anak Malaysia Walk 2019 lambang sokongan dan kerjasaman erat pihak NGO dan swasta dalam menyemarakkan semangat patriotik. Penerbitan Khas sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 terbitan Jabatan Penerangan Malaysia ini turut diterbitkan dalam versi digital dan boleh dimuat turun menerusi imbasan kod QR di halaman hadapan buku ini dan juga di laman sesawang www.penerangan.gov.my.