LAKARAN KEMBARA TRANSFORMASI : TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL : KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM /

Lakaran Kembara Transformasi: Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merupakan koleksi pemikiran dan aspirasi yang luhur daripada suara nurani Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah PerkhidmatanAwam (KPPA),Malaysiayang ke-21. Buku ini merupakan pemurnian hasrat beliau...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Zabidi Zainal, author 609928
Format: text
Language:may
Published: Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016
Subjects:
Description
Summary:Lakaran Kembara Transformasi: Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merupakan koleksi pemikiran dan aspirasi yang luhur daripada suara nurani Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah PerkhidmatanAwam (KPPA),Malaysiayang ke-21. Buku ini merupakan pemurnian hasrat beliau melalui idealisme, cetusan gaya berfikir, intelektualisme, aktivisme serta gagasan dan iltizam sepanjang mendepani badai dan gelora bergelar KPPA. Agenda Transformasi Perkhidmatan Awam - sebuah ceritera perjalanan yang mendukung wawasan YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara - telah diletakkan batu asasnya oleh beliau sebaik sahaja memegang tampuk kepimpinan Jabatan Perkhidmatan Awam. Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam bertunjangkan lima teras strategik yang merangkumi aspek bakat, organisasi, penyampaian perkhidmatan, keterangkuman dan nilai, menjadi antara ramuan terbesar yang membentuk kerangka ucapan beliau dalam setiap program, aktiviti dan mesyuarat utama.. Berbekalkan pengalaman, ketajaman pengamatan dan kebestarian hikmah, beliau mengadun segala ilmu yang dikutip menerusi pengembaraan perkhidmatannya yang begitu luas - dari sebuah desa di negeri Melaka ke mercu perdana di Putrajaya - merentas pelbagai spektrum perkhidmatan pada peringkat daerah, pentadbiran kerajaan negeri, latihan dan pendidikan luar negara, kementerian dan agensi persekutuan. Penerbitan kompilasi ucapan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ini amat wajar dijadikan renungan, rujukan dan sumber ilham dalam memahami dan menelusuri pemikiran beliau yang terbukti berjaya mencapai pelbagai kejayaan agenda Transformasi Perkhidmatan Awam.