Summary: | Perkhidmatan awam merupakan jentera kerajaan yang bertanggungjawab merealisasikan agenda pembangunan negara. Bagi memastikan negara kita terus maju di persada antarabangsa, amat penting bagi perkhidmatan awam untuk terus meningkatkan prestasi dan kualiti penyampaian perkhidmatannya. Ketika dunia berlumba-lumba bersaing di dalam era globalisasi, peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan awam menjadi semakin signifikan bagi memastikan negara terus kukuh di pentas global. Penerbitan buku Memperkasa Kecemerlangan, Mengangkasa Kegemilangan ini bertujuan mendokumentan catatan perjalanan MAMPU sepanjang 35 tahun sebagai peneraju inisiatif pemodenan sektor awam seawal penubuhannya pada bulan Mei 1977. Selain meninjau secara retrospektivembaharuan pentadbiran di era pra-kemerdekaan, buku ini turut menjejaki perjalanan perkhidmatan awam di atas landasan transformasi - menelusuri perubahan demi perubahan dari nyata kepada maya, nilai kepada etos, penambahbaikan kepada perekayasaan, kualiti kepada inovasi, manual kepada digital serta perubahan dari pendekatan keterpisahan kepada kolaborasi. Buku ini ditampilkan sebagai wahana perkongsian pengalaman dan cabaran MAMPU dalam mengangkat martabat perkhidmatan awam.
|