Streszczenie: | Dalam usaha membina negara bangsa yang tidak bertoleransi dengan perlakuan rasuah, peranan setiap individu di setiap peringkat sama ada sektor kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat berkepentingan kerajaan, sektor swasta, ketua masyarakat dan warganegara adalah amat penting untuk membawa negara menjadi sebuah negara yang maju tanpa anasir rasuah. Pelbagai inisitif yang digariskan oleh kerajaan dalam laporan ini adalah selaras dengan visi NACP untuk menuju ke arah sebuah negara yang bebas rasuah. Tanpa komitmen setiap individu, jauh sekali untuk mencapai status negara yang dipandang tinggi dengan pencapaian sifar toleransi kepada rasuah.
|