सारांश: | Buku Air dan Pembetungan di Malaysia: Sejarah serta Perspektif ditulis dan diterbitkan untuk memperihalkan pelbagai perkembangan penting membabitkan pengurusan dan prasarana sektor air serta pembetungan di Malaysia sejak era sebelum merdeka. Kandungannya menyediakan asas ilmu dan maklumat umum dari pelbagai sumber. Dari aspek kegunaan, buku ini sesuai untuk dijadikan bahan rujukan bagi menyediakan ilmu serta maklumat asas kepada kumpulan pembuat dasar, pegawai kerajaan, ahli profesional, golongan akademik, pihak yang prihatin, dan mahasiswa pelbagai jurusan ilmu. Dalam beberapa hal, buku ini juga boleh dirujuk sebagai bahan asas untuk kajian lanjut berhubung sesuatu dasar, program, projek, kemudahan berkaitan sumber, dan bekalan air serta pembetungan.
|