KOMUNIKASI DAKWAH /

Dakwah tidak berdiri dengan sendirinya tanpa dibantu dan dikaitkan dengan disiplin ilmu lain. Dakwah dengan sifatnya yang dinamik memerlukan pendokong utama, iaitu pendakwah bagi menyempurnakan matlamat dakwah supaya manusia kembali kepada fitrah menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Mese...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zulkefli Aini, author 248340, S. Salahudin Suyurno, author 492366, Rosmawati Mohamad Rasit, Dr., 1974-, author 643558
Format:
Language:eng
Published: Bangi, Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020
Subjects:
Description
Summary:Dakwah tidak berdiri dengan sendirinya tanpa dibantu dan dikaitkan dengan disiplin ilmu lain. Dakwah dengan sifatnya yang dinamik memerlukan pendokong utama, iaitu pendakwah bagi menyempurnakan matlamat dakwah supaya manusia kembali kepada fitrah menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Mesej dakwah perlu disampaikan kepada sasaran dakwah atau madu agar mereka dapat menerima dan memahami mesej tersebut dengan penuh kerelaan dan pemikiran yang jelas. Sehubungan dengan itu, kaedah penyampaian mesej perlu diambil perhatian oleh pendakwah melalui pemilihan yang sesuai berdasarkan situasi persekitaran dan keadaan madu. Komunikasi merupakan satu bentuk penyampaian berkesan yang oleh digunakan oleh pendakwah dalam proses pendakwahan kepada madu. Tambahan pula dakwah dan komunikasi saling berkaitan antara satu sama lain bagi merealisasikan matlamat dakwah. Justeru, buku Komunikasi Dakwah diterbitkan kepada khalayak pembaca sebagai satu usaha untuk menyediakan bekalan kepada para pendakwah daripada aspek komunikasi ketika berdakwah kepada madu. Buku ini membincangkan tentang konsep komunikasi dakwah, elemen dan proses komunikasi dakwah, bentuk dan jenis komunikasi dakwah seperti komunikasi manusia dengan Pencipta, komunikasi sesama manusia dan komunikasi manusia dengan alam. Perbincangan juga difokuskan kepada kaedah dan mekanisme berkomunikasi seperti komunikasi dakwah secara lisan dan bukan lisan, tulisan dan bi al-hal, komunikasi dakwah secara intrapersonal, komunikasi dakwah secara interpersonal, komunikasi dakwah secara pengucapan awam, komunikasi dakwah dengan menggunakan media, komunikasi dakwah dalam bentuk silang budaya, dan komunikasi dakwah secara psikologi.