Summary: | Ikhtilaf merupakan seni kehidupan bermasyarakat. Kehidupan leblh bermakna dan bererti dengan kepelbagaian ciptaan Allah SWT. Oleh yang demikian, perbezaan dalam lapangan menguruskan kehidupan manusia adalah kemestian yang tidak dapat dielakkan. Perbezaan yang berlaku menuntut manusia supaya mencari jawapan yang sesuai berpandukan kepada ajaran Islam. Islam adalah agama yang sesuai untuk semua keadaan manusia. Ikhtilaf yang berlaku perlu diuruskan dengan berhemah. Oleh itu, pengurusan ikhtilaf sangat penting sebagai salah satu langkah penyatuan ummah dalam membina masyarakat yang terbaik dunia dan akhirat. Ikhtilaf yang berlaku termasuk dalam kepelbagaian yang boleh membawa kepada kesejahteraan masyarakat jika diuruskan dengan baik. Namun, sebaliknya ikhtilaf yang berlaku boleh membawa ke arah perpecahan dan perbalahan dan akhirnya menimbulkan fitnah dalam masyarakat jika tidak diuruskan dengan betul. Buku ini membincangkan berkaitan ikhtilaf yang berlaku dan bagaimana cara menguruskan ikhtilaf supaya kesatuan umat terbina. Buku ini mengandungi 10 bab yang membincangkan tentang ikhtilaf dan pengurusan ikhtilaf. Antara tajuk yang dibincangkan adalah seperti pengertian ikhtilaf, sejarah, pembahagian, faktor, jenis, cabaran dan pengurusan ikhtilaf. Buku ini sesuai dibaca oleh pelbagai peringkat masyarakat terutama bagi yang berkecimpung dalam dunia dakwah. Semoga buku ini bermanfaat bagi melahirkan masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain ke arah pembinaan masyarakat yang sejahtera di bawah naungan Islam.
|