Summary: | Buku mewah berjudul Mersing Geopark - Lingkaran Volkano Kuno mempersembahkan cerita mengenai wawasan geopark, landskap berpandangan indah, warisan terintegrasi, kebersamaan komuniti setempat dan peluang memperkenalkan produk geopetancongan berkualiti antarabangsa dalam bentuk gabungan pengetahuan dan fotografi. Peristiwa letusan volkano kuno, berlaku puluhan juta tahun lamanya bermula pada zaman Perm (300 juta tahun lampau) adalah binaan asas yang membentuk dan mengukir bumi Mersing serta perkembangan kehidupan dan tamadun bangsa Melayu di daerah ini. Kepulauan Mersing dan singkapan batuan sepanjang persisir pantai mengandungi banyak geotapak yang menyimpan rekod rahsia alam, sementara hutan simpan kekal di Endau Rompin, Gunung Arong dan di perairan kepulavan Mersing pula mempamerkan kepelbagaian biologi daratan dan marin yang luar biasa.
|