Summary: | Belum pernah dalam sejarah penerbitan di Malaysia sebuah buku mengambil masa selama 31 tahun (1988-2019) untuk disiapkan, menelan belanja hampir sejuta ringgit dan diusahakan secara "One Man Show" oleh seorang bernama Ghulam Jie M Khan. Lebih hebat lagi, Ghulam Jie M Khan menggembara keseluruh pelusuk Semenanjung Malaysia, mengkaji asal usul 1683 tempat-tempat dan kampung-kampung dan merakamkan hampir 15 ribu gambar menggunakan hampir seribu ribu roll filem, beribu gambar digital , beribu slide menggunakan lima kamera dan menemubual beribu penduduk pekan dan kampung , melakukan perjalanan lebih 1,8 juta kilometer menggunakan tujuh buah kereta silih berganti. Segala-galanya dilakukan seorang diri dan hanya bertemankan sebuah kemera.
|