Summary: | Mantera "Tulis, Jangan Takut-takut!" membawa hasil kepada penerbitan antologi ini. Perjalanannya jauh namun berbaloi. Para penulis mendukung usaha ini dengan jiwa. Mereka juga memotivasikan kami agar dapat melakukan percubaan ini. Parapenulis antologiemiliki modal dalam diri yang sangat penting untuk mana-mana penulis bertahan iaitu modal sabar dan bersangka baik. Dengan adanya modal jiwa, mereka dapat menangguhkan kepuasan dan memperkuat akal agar dapat bekerja dengan lebih baik. Ketika mereka bersendiri berhadapan skrin dan kertas, mereka berdegil, melawan keraguan dan ketakutan terhadap kalam sendiri dan mula menulis bagi mencipta makna hidup. Usahanya biar sedikit, asalkan menjadi.
|