Summary: | Membesar di rumah anak yatim membuatkan Ariana mudah berasa simpati dan kasih terhadap kanak-kanak yang senasib dengannya. Keakrabannya dengan kanak-kanak malang bernama Haziq membuatkan Ariana tersepit antara kasih Haziq dan cinta Iskandar. Namun, hati Ariana sudah dimiliki oleh jejaka yang tidak setia bernama Daniel yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bagi Iskandar, Ariana memiliki ciri-ciri wanita yang dicari. Kehadiran Ariana membuka pintu hati Iskandar yang telah lama terkunci selepas pemergian Fatihah, isteri tercinta. Datin Noni, emak Iskandar tidak merestui hubungan mereka kerana Ariana anak yang tidak diketahui asal-usulnya. ariana terpaksa mengahwini abang angkatnya Amirul kerana terhutang budi kepada Encik Rushdi dan Puan Rosmah yang sudi mengambilnya dari rumah anak yatim dan memberikannya sebuah kehidupan baru. Namun, pada masa yang sama, Daniel bekas kekasih Arina telah menodai Ariana sebelum hari pernikahannya. Rahsia Amirul terbongkar di malam pertama pernikahan mereka dan sejak itu Ariana terpaksa menjauhkan diri dari suaminya sendiri. Bahagiakah perkahwinan Ariana dan Amirul. Dan dapatkah Iskandar melenyapkan cinta sucinya terhadap Ariana?
|