Summary: | "Ah kakak, tangis apakah yang tidak akan terbit, mudaku akan terbenam ke bumi, rambutku yang panjang akan berpalun ke tanah, dan...wahai kakak...jika ajalku datang juga, kain -kainku yang tidak berapa helai, bagi berdualah dengan ibu Adnan....tutup tubuhku dengan selendangku yang penutup tubuh Adnan dulu....selimut kami berdua." Bila melihat kejadian itu maka berkatalah beberapa orang perempuan : "Demikianlah orang kaya jatuh miskin, kalau dia tidak insaf bahawa kekayaan tidak dibawa mati." Kata yang lain pula, "Itulah KEADILAN ILAHI yang telah ditimpakan Tuhan kepada dirinya untuk melepaskan dendam kedua-dua anak muda yang mati teraniaya itu!"
|