Summary: | Ditinggalkan suami selama dua tahun tanpa sebab oleh suaminya membuatkan Malissa nekad ke Florence, Itali demi sebuah jawapan. Takdir seperti ingin memberikan mereka peluang kedua apabila Dina, anak Iskandar masih mengenali Malissa dan tidak boleh berjauhan dengan mama yang menjaganya semenjak hari pertama dilahirkan. Apabila Dina jatuh sakit gara-gara Iskandar memisahkan mereka, Iskandar membuat satu tawaran yang Malissa terpaksa akur terima semata-mata kerana Dina. Hubungan mereka kemudiannya tidak ubah seperti majikan dan babysitter. Namun... saat kebenaran telah terbongkar, Iskandar nekad memburu cinta Malissa semula. "Fine. You can just hate me, Lisa. but please. Stay with me for one hundred days. Selepas itu baru Lisa buat keputusan untuk bersama abang dan Dina atau tidak.' - Iskandar. "Seratus hari itu takkan ubah apa-apa!" - Malissa.. Sehabis daya Iskandar cuba mendapatkan kembali kepercayaan dan cinta Malissa. Ego dan dendam membuatkan tidak mudah bagi Malissa memberikan peluang kedua untuk Iskandar. Sebelum tamat tempoh seratus hari itu, mereka terperangkap sekali lagi dalam cinta yang mengasyikkan. janji dimeterai semula dan Kota Venice menjadi saksi cinta mereka bersemi kembali namun, badai menimpa sebaik sahaja mereka pulang ke Malaysia. Mummy Iskandar , Datin Seri Ainon dengan agendanya. Hilman yang menagih kasih Malissa. Dapatkah mereka menangkis segala taufan yang mendatang atau gelora cinta mereka akan terhenti begitu sahaja?.
|