LISTRIK 2016 : kehadiran . efek . aliran . arus /

LISTRIK diterjemahkan sebagai aliran, arus, efek dan kehadiran. Oleh yang demikian, sebagai salah satu usaha pendekatan ke arah pembangunan kendiri yang mapan, Program Senibina Jabatan Kejuruteraan Awam di Politeknik Merlimau, Melaka menerbitkan sebuah wadah yang menghimpunkan penulisan ilmiah para...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Shafrizal Md. Hassan, 1980-, editor 649542, Sarvinder Singh, editor 649543, Politeknik Merlimau 649544
Format: text
Language:mul
Published: Merlimau, Melaka : Program Senibina, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau, 2016
Subjects:
Description
Summary:LISTRIK diterjemahkan sebagai aliran, arus, efek dan kehadiran. Oleh yang demikian, sebagai salah satu usaha pendekatan ke arah pembangunan kendiri yang mapan, Program Senibina Jabatan Kejuruteraan Awam di Politeknik Merlimau, Melaka menerbitkan sebuah wadah yang menghimpunkan penulisan ilmiah para pensyarah, pakar, penyelidik, pengamal dan akiviti para pelajar bagi berkongsi idea dan meneroka peluang pengajaran dan pembelajarna yang madani dari aspek Alam Bina. Penerbitan LISTRIK 2016bini disusun dalam dua bahagian utama. Bahagian pertama merangkumi penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh para pensyarah Senibina. Penulisan ilmiah ini merangkumi penulisan berkaitan Alam Bina yang terdiri daripada Senibina, Landskap, Pembinaan dan Teknologi yang berkaitan. Manakala, bahagian kedua memaparkan laporan bergambar aktiviti-aktiviti para pelajar Senibina politeknik seluruh Malaysia di dalam 'Program Design Fest 2015' yang berlangsung di Politeknik Merlimau, Melaka. Tuntasnya, LISTRIK 2016 adalah sebahagian daripada wacana yang dapat menggalakkan pembudayaan perkongsian ilmu dikalangan warga Politeknik Malaysia khususnya, para pelajar Senibina. Arakian, diharapkan penerbitan ini dapat dijadikan sumber inspirasi para pelajar dan para pensyarah khususnya, yang berjurusan Senibina.