BAYU ASMARA /

Mimpi-mimpi itu menjelma kembali mengganggu hidupnya. Mimpi yang meresahkan fikiran. Mimpi yang mula menuntut hak untuk berada di hati kecilnya. Puas ditepis dan ditolak, tapi semakin dekat, hingga membuatkan dirinya merantau mencari siapakah gerangan yang ingin mendampingi cintanya. Mimpi dan cinta...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ilani Mysara, author 223832
Format: text
Language:may
Published: Shah Alam, Selangor : Alaf Dua Puluh Satu Sendirian Berhad, 2006
Subjects:
Description
Summary:Mimpi-mimpi itu menjelma kembali mengganggu hidupnya. Mimpi yang meresahkan fikiran. Mimpi yang mula menuntut hak untuk berada di hati kecilnya. Puas ditepis dan ditolak, tapi semakin dekat, hingga membuatkan dirinya merantau mencari siapakah gerangan yang ingin mendampingi cintanya. Mimpi dan cinta beriringan meragut usianya setiap tahun. Ah... alangkah peliknya! "Terimalah hakikat kalau itu sudah ketentuan. Kalau hak kita dah mula datang dan kita merasai kehadirannya, mintalah pada-NYA. Semoga apa yang dikurniakan adalah yang terpilih dan bukan daripada hasutan syaitan." Pertemuan pertama Shah Asmara dengan Puteri Bayu Irnani diakhiri dengan perkahwinan, tapi cuma mampu bertahan selama tiga bulan saja. Di situ dia mendapat ikhtibar. Mampukah sumpah ibu yang tersentuh hatinya bisa menjadi penghalang bagi cinta nan suci? Shah benar-benar takut! Cinta itu umpama di sebalik kabus. Hilang kabus timbullah ia. Namun dalam bercinta, pengorbanan seiring saja meragut ketenteraman sekeping hati yang luhur. Di manakah pula hikmahnya n=bila di berjumpa dengan Arman yang sanggup berkorban deminya? "Kasih sayang dan cinta itu bukannya datang dari pertemuan atau perpisahan atau sekadar ucapan manis di bibir, tapi ia tertumpah daripada seseorang kepada seseorang dalam doanya."