Summary: | Komunikasi biasanya dirujuk kepada perhubungan kita dengan orang lain. Kita terlupa bahawa pada setiap saat kta berkomunikasi dengan diri sendiri. Komunikasi kita dengan diri sendiri adalah sebahagian dari apa yang disebut sebagai 'Janji Diri'. Menurut saintis, 95 peratus emosi kita ditentukan oleh apa yang kita suarakan pada diri sendiri. Dalam keadaan sedar kita bercakap-cakap dengan diri sendiri sebanyak 64,800 kali setiap hari. Percakapan ini memberi kesan terutamanya ke atas diri kita sendiri seterusnya pada kehidupan, persekitaran dan orang lain. Ia mempengaruhi untuk menjadikan diri kita gembira atau dukacita, bahagia atau derita. Membaca buku ini akan menyedarkan kita betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh janji diri dalam membentuk peribadi dan menentukan kejayaan diri di dalam semua bidang kehidupan - pelajaran, pekerjaan, rumahtangga, pergaulan - pada masa sekarang dan pada masa depan melibatkan semua golongan masyarakat di semua peringkat umur dan jantina.
|