Summary: | Isu berkaitan wanita Islam seringkali dibahas dan dibicarakan dalam pelbagai bentuk perbincangan semasa. Antara perkara yang sering diperdebatkan ialah mengenai hak dan status wanita dari perspektif Islam. Seterusnya, ada juga perbahasan yang cuba untuk melihat apakah wanita itu ditindas atau menjadi golongan kelas kedua di sisi islam. Ia juga merupakan topik yang sering dibahaskan oleh para sarjana sama ada sarjana Muslim atau bukan Muslim., dari dalam atau luar negara. Untuk itu, Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada suatu program Musawah yang dianjurkan pertubuhan tempatan, tidak lagi bertujuan untuk membela status dan hak wanita. Buku ini dihasilkan agar segala tanggapan negatif terhadap kedudukan wanita dalam islam dapat dirungkai secara difahami secara tuntas. Dengan cara ini, pendekatan pendidikan dan perbincangan dilihat sebagai jalan terbaik untuk menangani sebarang konflik berkaitan wanita dan status mereka dalam syariat. Antara kupasan buku ini ialah mengenai wanita islam dan isu-isu gender masa kini; Wanita, dakwah dan media; Wanita dan isu-isu Mahkamah Syariah; Jaminan hak-hak wanita dari perspektif islam; Pemerkasaan wanita masa kini; Wanita dan pengurusan; Hak-hak wanita di zaman Rasulullah S.A.W; Wanita dan pengurusan; Pemerkasaan wanita dalam menangani masalah sosial.
|